Saturday, March 19, 2011

KEMBALI MENCORET

Tarikh 19hb March 2011 pukul 11.12 malam aku mula mencoret kembali. Saat ini ingatanku hanyalah tertumpu untuk membuka kedai produk kesihatan ku di Beranang. Targetku tahun ini aku ingin menjadi ushawanita yang berjaya walaupun bukan di ranking yang pertama.

Monday, March 22, 2010

TESA BIG CLEANING DAY


Saat paling manis yang tak akan kulupakan di Tesa ialah hari " Big Cleaning Day " di mana semua pekerja Tesa terlibat dalam projek bergotong royong membersihkan tempat kerja kami yang selama ini kami cuma tahu datang pukul 8.30 pagi dan balik pukul 5.40 petang tanpa memikirkan kebersihan dan keselamatan selama ini. Cukup manis untuk ku kenangkan yang pada saat yang akan datang tak mungkin aku berpeluang lagi untuk menyertainya.

Aku berterima kasih kepada ChairLady aku Enis yang banyak memberi semangat dan peluang buatku untuk menyertai apa saja program yang dianjurkan oleh Tesa.

Saturday, March 20, 2010

SANTAI

Alhamdulillah lega rasanya hatiku hari ini kerana pertama aku diterima bekerja di sebuah syarikat pengeluaran kotak sebagai Planning Executive bermula pada 1hb April 2010. Mulanya aku rasa aku tak akan diterima bekerja lagi sebab faktor umurku tapi Allah Maha Kaya Dialah Yang Menentukan Segala Percaturan untuk hambaNya asalkan kita tak putus-putus meminta pertolongan dari Yang Maha Kuasa. Yang kedua kerana anak keduaku buat keputusan untuk menetap bersamaku semula. Aku berjanji akan memberi panduan dan nasihat untuknya supaya bergiat dengan serius dalam bidang perniagaan.

Tuesday, March 16, 2010

KELUARGA BAHAGIA


Anak bongsuku Faranadia, berumur 11 tahun September ini, bersekolah di SKBandar Tasik Kesuma, Beranang. Kuat makan dan tidur. Dulu badannya tak montel tetapi sejak akhir-akhir ini aku selalu mengingatkannya supaya jangan ikutkan selera nak makan saja takut nanti bila besar tak dapat mengawal berat badan. Kata orang mencegah lebih baik dari merawat.

Anak ketigaku Asmida, berumur 17 tahun Disember ini, masih bersekolah di Jelebu dan akan mengambil peperiksaan SPM. Mementingkan kecantikan dan kesihatan, cerewet dan sentiasa menjaga pemakanan dan penampilan terutama bila keluar berjalan-jalan.

Anak keduaku satu-satunya lelaki, Muhammad Faezi, ( maaf gambar tiada dalam simpananku) berumur 20 tahun April ini, minat merantau, sekarang berada di Johor Bahru, bekerja di sebuah hotel. Mementingkan kesihatan, sentiasa kelihatan kemas dan bergaya. Doaku setiap hari agar dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah hendakNya.

Anak sulungku Emira, berumur 21 tahun Mei ini, bekerja untuk menimba ilmu pengetahuan sementara menunggu peluang untuk belajar semula. Seorang yang pendiam dan tak aktif.

Disebabkan itu hari-hari aku mengingatkan supaya mengambil Greenfield Organik untuk kecergasan diri dan minda. Aku akan terus memantaunya sehingga aku berasa puas hati melihat keadaan dirinya.
Suamiku Hashim Yusof, berumur 45 tahun, bekas Polis Tentera dan sekarang bekerja di sebuah industri di kawasan Beranang. Lahir di Selama, Kedah merupakan anak bongsu dalam keluarga seramai 7 orang adik beradik.Mementingkan kesihatan sehingga hari ini sebab itulah badannya tetap maintain seperti dulu.

Thursday, March 11, 2010

PENTINGNYA KESIHATAN


Kesihatan dan kecantikan bermula dari dalam. Itulah yang aku selalu tekan dan ingatkan kepada setiap orang yang aku jumpa di mana-mana baik kepada orang yang aku tak kenal. Mula diperkenalkan dengan produk organik Melilea rata-rata orang yang aku temui akan bercakap apa produk tu tak pernah dengar pun. Itulah yang amat menyedihkan, produk yang mula diperkenalkan pada tahun 2003 sudah hampir 7 tahun di dalam pasaran pun masih ada orang yang tak peka. Tak hairanlah dari analisis hampir 80% penduduk Malaysia pengidap kencing manis dan darah tinggi. Bertepatan dengan masalah ini ingin aku warwarkan berita gembira bagi pengidap kencing manis dan darah tinggi cubalah mengambil produk Greenfield Organik, ianya bukan ubat hanyalah campuran sayur-sayuran yang baik untuk organ dalaman badan berfungsi. Pengambilan 2 kali sehari sebelum makan adalah memadai untuk membuang toksik dalam badan terutama sekali di kawasan usus. Bila usus kita bebas dari sebarang toksik yang terkumpul, badan akan kelihatan cergas dan wajah akan menjadi ceria.

Wednesday, March 10, 2010

My Blog

Tarikh 11hb March 2010 pukul 3.05 petang aku berjaya buat blog sendiri dengan pertolongan
Enis. Inilah salah satu kenangan manis aku di Tesa Tape kerana lagi sebulan aku akan pergi
meninggalkan Tesa selama-lamanya. Bukan rezekiku di Tesa lagi; selama hampir 14 tahun aku
berkhidmat di Tesa banyak kenangan pahit yang aku lalui tapi aku bersyukur aku berjaya juga
mengharunginya dengan tenang dan tabah. Aku bermohon pada Allah dimurahkan rezeki aku
di tempat lain supaya dapat aku menyara keluarga aku. 6hb Disember 2009 tarikh lahir anak aku Asmida ;aku menjadi ahli MLM produk Melilea ( http://www.melilea.com/ ) sepenuhnya dengan dorongan dan panduan dari Fong dan suaminya. Ternyata produk organik ini mampu menolong orang yang lemah antibodi dan aku rasa peluang aku untuk terus maju menampakkan kesan
positif. Downline aku yang paling aktif Zairiyah boleh dikatakan hari-hari menalipon aku bertanyakan keberkesanan produk ini terutama Soya Bean dan Greenfield dan aku terus-terusan memberi penerangan yang lebih lanjut supaya mudah bagi Yah untuk mempromosi seluas-luasnya. Mula diperkenalkan dengan produk ini bukan saja aku tak berminat dengan
namanya juga dengan jenis-jenis produknya tapi selepas aku menyertai Rally di Bukit Jalil tepat tarikh lahir anak aku Asmida 6hb Disember sampai saat ini aku terus mempromosi produk ini
kalau boleh aku nak semua kawan-kawan aku sama-sama menyertainya dan menikmati produk organik satu-satunya pengasas Dato' Dr Allan Wong orang Malaysia yang berjaya membuka mata masyarakat dunia dan menjadi kebanggaan semua ahli Melilea.